Yee Sang dengan Sos ‘Celestial’ Emas

Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk Sos Keemasan Kayangan:
2 biji buah pir emas
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar cuka makan
¾ cawan sos plum
¼ sudu teh minyak bijan
¼ cawan air
2 sudu besar jus limau kasturi
1 tin Krimer Manis MARIGOLD
1 sudu besar biji bijan hitam
3 sudu besar buah kundur kering
Bahan-bahan untuk Yee Sang:
½ paket kulit wanton
8 keping ikan salmon segar
1 teh sudu kecil jeruk halia
½ cawan lobak merah, dihiris memanjang
½ cawan cup tembikai wangi, dihiris memanjang
½ cawan kobis ungu, dihiris memanjang
½ cawan timun Jepun, dihiris memanjang
½ cawan lobak putih, dihiris memanjang
½ cawan epal merah, dihiris memanjang
½ cawan walnut, ditumbuk kasar
½ cawan limau bali
¼ cawan kepingan badam
1 sudu besar biji bijan
4 helai daun limau purut
1 sudu teh serbuk “Chinese five-spice”
1 sudu teh lada sulah
1 sudu besar kranberi kering
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Sos ‘Celestial’ Emas
Kisar buah pir emas.
Panaskan minyak masak dan tumis buah pir yang telah dikisar selama 3 minit.
Tambah cuka, minyak bijan, jus limau kasturi, air, sos plum sehingga mendidih. Kemudian tambah Krimer Manis MARIGOLD dan kacau lagi sehingga mendidih.
Masukkan biji bijan dan buah kundur kering.
Yee Sang
Ceraikan kulit wanton dan goreng diatas minyak panas selama 30 saat.
Letakkan semua ramuan pada kedudukan yang sesuai. Contohnya, bahan yang sama warna perlu diletakkan pada arah bertentangan.
Tuangkan sos ke atas yee sang, tos dan hidangkan dengan segera.
Masak buah pir dengan segera selepas dikisar bagi mengelakkan pengoksidaan.
