Sos Mustard Madu dengan Ayam Goreng

Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk sos mustard madu
½ tin Susu Isian Sejat MARIGOLD
100g pati ayam
1½ sudu besar mustard
1½ sudu besar madu
1 sudu besar mentega tanpa garam
2 ulas bawang putih (dicincang)
½ sudu teh serbuk mustard
½ sudu teh tepung gandum
½ sudu teh air
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk ayam goreng
12 ketul filet ayam
1⁄3 cawan tepung gandum
1⁄3 cawan serbuk roti
2 biji telur
½ sudu teh garam
1 cubit paprika
Minyak masak untuk menggoreng
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Ayam goreng
Campur paprika, garam ke dalam mangkuk tepung dan gaul.
Salut ayam dengan lapisan tepung, kemudian dengan telur dan kemudiannya dengan serbuk roti.
Goreng filet ayam tadi sehingga keemasan.
Sos mustard madu
Cincang bawang putih dan campurkan serbuk mustard dengan air sehingga menjadi pes.
Tumis bawang putih dengan mentega sehingga wangi.
Masukkan pes mustard dan tepung, kemudian kacau sehingga pekat.
Masukkan pati ayam, madu, mustard, garam dan Susu Isian Sejat MARIGOLD.
Biarkan selama 5 minit dan kacau secara berterusan.
Sedia untuk dihidang besama ayam goreng.
Apabila membersihkan ayam, gosok isinya dengan satu sudu besar garam dan segenggam tepung. Ini dapat menghilangkan lendir dan bau, agar rasanya lebih enak. Bilas ayam dengan air selepas menggosok dengan garam dan tepung.
