Pai Ikan Berempah Ala India

Pai Ikan Berempah Ala India

Bahan-bahan

Bahan-bahan:

  • 550g isi ikan, tanpa tulang dan dibuang kulitnya

  • 3 sudu besar minyak sapi

  • 50g keju cheddar, disagat


Bahan-bahan untuk perapan:

  • 2 biji cili merah, dicincang

  • 2 biji cili padi, dipotong dadu

  • 4 ulas bawang putih, diketuk

  • 2 sudu besar daun ketumbar

  • ¼ sudu teh biji jintan putih

  • 1 sudu teh garam masala

  • 1/4 sudu teh garam

  • 2 sudu besar jus lemon

    (dikisar)


Bahan-bahan untuk sos:

  • 50g mentega

  • 50g kacang pea

  • 2 tin ketulan tomato sedia-diguna

  • 150ml Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

  • Garam dan lada secukup rasa


Bahan-bahan untuk kentang lenyek:

  • 1kg kentang

  • 50g mentega

  • Garam dan lada secukup rasa

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Perap ikan dengan bahan-bahan dikisar. Tudung dan simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam.

  2. Untuk menyediakan sos, masukkan mentega, kacang pea dan tomato renihkan, kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tambahkan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD, tambahkan garam dan lada secukup rasa. Ketepikan.

  3. Untuk menyediakan kentang lenyek, didih air dan masukkan kentang. Kemudian, masukkan mentega dan lenyekkan kentang (pastikan tiada air). Masukkan garam dan lada secukup rasa dan ketepikan.

  4. Panaskan minyak sapi di dalam periuk jenis tebal, keluarkan ikan daripada sos perapan dan goreng sehingga kuning keemasan.

  5. Pindahkan ikan ke dalam kaserol. Masukkan sos dan tabur keju cheddar di atasnya. Isi kaserol dengan kentang lenyek.

  6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160?C selama 20 minit atau sehingga kentang lenyek bertukar menjadi keemasan.

Masa penyediaan: 1 jam
Masa memasak: 1 jam
Hidangan: 2
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)