Nasi Minyak Syawal

Nasi Minyak Syawal

Bahan-bahan

  • 4 sudu besar (60ml) minyak masak

  • 3 sudu besar (45g) kacang gajus

  • 10 biji (1g) buah pelaga

  • 2 kuntum (2g) bunga lawang

  • 1 batang (6g) kayu manis

  • 10 kuntum (1g) bunga cengkih

  • 1/2 cawan (125g) bawang merah (dihiris)

  • 4 cawan (1kg) beras basmati (dibasuh)

  • 4 sudu kecil (20g) garam

  • 2 sudu kecil (10g) gula

  • 1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 6 batang (60g) daun ketumbar (dihiris kasar)

  • 4 batang (60g) daun bawang (dihiris kasar)

  • 3 sudu besar (45g) kismis

  • 4 ¾ cawan (1.175 liter) air

  • 2 helai (10g) daun pandan (disimpul)

  • 3-4 helai (0.2g) saffron

  • 2 sudu kecil (10ml) air panas

  • 2 sudu besar (30g) minyak sapi

  • Bawang goreng, hirisan daun bawang dan daun ketumbar untuk hiasan

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk nasi. Goreng kacang gajus sehingga keemasan dan ketepikan.

  2. Masukkan buah pelaga, bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih ke dalam minyak panas. Tumis selama 2 minit kemudian masukkan bawang merah, gaul sehingga keemasan dan naik bau.

  3. Masukkan beras, garam, gula dan gaul sehingga sebati.

  4. Masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, daun ketumbar, daun bawang, dan kismis ke dalam periuk nasi dan gaul rata. Masukkan air dan daun pandan. Tanak selama 30 minit ataupun hingga masak sepenuhnya.

  5. Dalam mangkuk berasingan, rendam saffron dalam air panas selama 10 minit, kemudian tapis.

  6. Tambahkan sedikit air saffron dan minyak sapi pada permukaan nasi dan biarkan selama 5 minit.

  7. Gemburkan nasi menggunakan senduk garfu sebelum dihidang.

  8. Untuk hiasan, taburkan bawang goreng, kacang gajus, daun bawang dan hirisan daun ketumbar.

Tip Chef:

Secara alternatif, nasi juga boleh dikukus dalam periuk kukus. Kurangkan sukatan air kepada 4¼ cawan (1.075 liter) untuk tiap-tiap 4 cawan beras.

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 1 jam
Hidangan: 10
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)