Kek Cawan Kelapa Pandan dengan Frosting Gula Melaka

Bahan-bahan
Untuk membuat mentega pandan:
250g daun pandan, dipotong
550g mentega, masak mentega sehingga cair
Bahan-bahan untuk campuran kek cawan:
160g mentega pandan
90g gula kastor
30ml Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD
100g telur
30ml Krimer Sejat MARIGOLD
160g tepung naik sendiri
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit garam
Bahan-bahan untuk krim mentega meringue:
225g gula Melaka
4 sudu besar air
150g putih telur
25g gula kastor
250g mentega French
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Masukkan daun pandan ke dalam pengisar. Tuangkan mentega cair dan kisar.
Kemudian tapis mentega pandan dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Adun mentega pandan dan gula kastor sehingga naik gebu. Masukkan Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD dan telur dan pukul lagi sehingga gebu.
Kemudian masukkan Krimer Sejat MARIGOLD dan gaul.
Masukkan tepung naik sendiri, serbuk penaik dan garam. Masukkan adunan kek cawan ke dalam acuan.
Panaskan ketuhar pada suhu 180?C dan bakar selama 40 minit.
Panaskan gula Melaka dan air dan kacau sehingga larut.
Masukkan putih telur dan gula kastor ke dalam mesin pengadun dan pukul
Kemudian masukkan larutan gula Melaka dan mentega dan pukul sehingga naik gebu.
Hiaskan kek cawan.
