BISKUT MENTEGA SEMPERIT ”RED VELVET”

Bahan-bahan
1½ cawan mentega tanpa garam
1½ cawan gula ising
8 biji kuning telur
4 sudu teh esen vanila
1 tin Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD
6 cawan tepung kastard
2 cawan tepung jagung
6 cawan tepung gandum
8 sudu besar serbuk coklat
6 sudu besar pewarna ubi bit
½ cawan cip coklat
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Satukan mentega dan gula ising. Pukul sehingga berkrim tetapi tidak terlalu lama bagi mengelakkan ia kembang semasa proses membakar.
Tambah kuning telur, esen vanilla, dan Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD. Pukul lagi hingga sebati.
Guna spatula, tambahkan tepung kastard sedikit demi sedikit. Gaul sehingga sebati.
Campurkan tepung jagung dan gaul rata.
Campurkan tepung gandum dan gaul rata.
Campurkan serbuk coklat dan gaul rata.
Campurkan pewarna ubi bit.
Tambah dengan cip coklat dan gaul rata.
Bentukkan dengan acuan semperit dan bakar pada suhu160°C selama 20-25 minit.
Coklat cip boleh juga digantikan dengan bahan-bahan lain seperti kismis atau kranberi. Pewarna ubi bit boleh digantikan dengan pewarna merah tiruan.
