Biskut Kurma Berkacang

Biskut Kurma Berkacang

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk asas:

  • 75g tepung, ditapiskan

  • 75g tepung penaik, ditapiskan

  • 40g kelapa parut

  • 80g gula

  • 100g mentega cair


Bahan-bahan untuk topping:

  • 400g Krimer Manis MARIGOLD

  • 70g cip coklat

  • 150g kekacang

  • 70g kurma, direndam dalam air suhu bilik

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar sehingga 180°C.

  2. Griskan dan alaskan talam 8”x 8”dengan kertas minyak.

  3. Campurkan semua bahan asas (tepung, tepung penaik, kelapa parut, gula dan mentega cair atau minyak masak).

  4. Tuangkan campuran ke dalam talam dan mampatkan adunan dengan kuat.

  5. Masukkan adunan ke dalam ketuhar selama 10 min.

  6. Secara berasingan, taburkan cip coklat, kekacang serta kurma, kemudian masukkan Krimer Manis MARIGOLD dan gaul sama rata.

  7. Tempatkan adunan atas asas biskut.

  8. Bakar selama 25 min sehingga keemasan.

  9. Biarkan Biskut Kurma Berkacang menyejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais semalaman.

Tip Chef:

100g mentega cair boleh digantikan dengan 100g minyak masak.

Masa penyediaan: 35 minit
Masa memasak: 45 minit
Hidangan: 36 kepingan
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)