Pemenang Hadiah Utama
Simple Cara Saya Challenge 2024
Bahan-bahan untuk Karamel
1 cawan gula
1/2 cawan air
Bahan-bahan untuk Puding
10g serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin Krimer Sejat MARIGOLD
1½ cawan Krimer Manis MARIGOLD (bergantung tahap kemanisan diinginkan)
3½ sudu tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit garam (untuk menaikkan rasa puding)
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCairkan gula hingga perang dengan api perlahankan.
Tutup api, tuang air dalam gula, hidupkan semula api, kacau sehingga larut menjadi karamel. Tuangkan dalam acuan.
Masakkan air dan serbuk agar-agar dalam periuk lain.
Campur dan kacau sehingga sebati Krimer Sejat MARIGOLD, Krimer Manis MARIGOLD, dan bahan-bahan puding yang lain. Kemudian masukkannya ke dalam larutan agar-agar, biarkan mendidih.
Tuang larutan ke dalam acuan tadi dan sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam.
Setelah sejuk, terbalikkan puding ke atas pinggan untuk dihidangkan.