Pemenang Saguhati
Simple Cara Saya Challenge 2024
Bahan-bahan untuk Kulit Krep
150g tepung gandum
2 sudu minyak kelapa
2-3 sudu Krimer Manis MARIGOLD
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu emulco beri biru
1 cawan (125ml) Krimer Sejat MARIGOLD
330ml air kelapa
1/2 sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk inti
150g krim keju
4 sudu Krimer Manis MARIGOLD
100ml krim putar
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan Kulit Krep
Satukan semua bahan untuk kulit krep dan kacau hingga sebati.
Panaskan kuali non-stick dan tuang adunan ke atas kuali secara perlahan. Lengserkan kuali ke kiri dan kanan supaya adunan merata.
Setelah siap, angkat dan ulang langkah sama sehingga adunan habis dimasak.
Cara Penyediaan Inti
Satukan semua bahan inti dan putar sehingga sebati dan adunan nampak licin.
Cara Penyediaan Kelopak Ros
Ambil satu keping kulit krep, sapukan inti di bahagian tengah dan lipat.
Ulang langkah yang sama untuk kesemua kulit krep.
Kemudian susun semua kulit krep tadi secara memanjang dan sapukan sedikit krim di bahagian bawah supaya melekat antara satu dengan yang lain.
Gulung perlahan-lahan hingga membentuk bunga ros.
Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidang.