Pemenang Saguhati
Simple Cara Saya Challenge 2024
Bahan-bahan Jala Jelita
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 ½ cawan Air
½ cawan Krimer Sejat MARIGOLD
1 biji telur
2 sdb minyak masak
Pewarna makanan
Bahan-bahan Serawa Durian
10 ulas Isi Durian
1 liter Santan (500ml santan pekat + 500ml air)
1 sudu kecil Garam
1 ketul Gula Melaka
2 sudu Krimer Manis MARIGOLD
3 helai daun pandan disimpul
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara menyediakan Jala Jelita
Satukan semua bahan di atas, gaul sebati hingga tiada ketulan tepung. Tapis adunan dan bahagi kepada beberapa bahagian.
Warnakan adunan mengikut kegemaran, tuang adunan ke dalam botol roti jala.
Panaskan kuali non-stick, jalakan adunan mengikut bentuk bunga kesukaan anda, biarkan seketika hingga masak. Angkat roti jala yang sudah siap tadi. Ulang semula langkah-langkah diatas hingga adunan habis.
Biarkan roti jala sejuk seketika dan boleh mula menggulung menjadi bentuk bunga.
Cara menyediakan Serawa Durian
Satukan bahan-bahan serawa durian ke dalam periuk.
Masak dengan api perlahan hingga kuah mendidih. Pastikan sentiasa dikacau perlahan agar santan tidak pecah.