Vindaloo Udang Berempah

Bahan-bahan
4 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis
10 butir lada hitam, ditumbuk kasar
1 biji ubi kentang, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
200ml air
200ml Susu Isian Sejat MARIGOLD
1 sudu besar seasoning (penambah rasa) - ikan bilis /ayam
200g udang
2 sudu besar cuka putih
2 sudu besar gula kabung atau gula
4 sudu besar pes cili
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
4 sudu besar pes bawang besar
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis kulit kayu manis bersama lada hitam selama seminit. Tambahkan pes cili dan goreng selama ½ minit, kemudian masukkan pes halia, bawang putih dan bawang besar. Goreng sehingga naik minyak.
Masukkan ubi kentang, tomato, air, Susu Isian Sejat MARIGOLD dan seasoning. Masak selama 8 minit atau sehingga ubi empuk, kemudian masukkan udang, cuka dan gula kabung. Padam api sebaik saja udang masak.
Untuk membuat pes bawang putih,bawang dan halia.Kisarkan bahan-bahan tersebut secara berasingan dengan air.Pes boleh disimpan didalam bekas kaca didalam peti pembeku untuk digunakan pada waktu yang lain.
