Udang Masak Lemak Daun Kaduk

Udang Masak Lemak Daun Kaduk

Bahan-bahan

  • 4 biji cili padi, dihancurkan

  • 1 lobak merah besar, dipotong biji

  • 2 keping asam gelugor

  • 500ml air

  • 4 helai daun limau purut, dicincang halus

  • 15 helai daun kaduk

  • 200ml Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 1½ sudu besar perasa ayam

  • Garam dan lada sulah secukup rasa


Bahan untuk perapan udang:

  • 400g udang sederhana, tanggalkan kulit

  • 1 sudu kecil garam


Bahan-bahan untuk rempah:

  • 3cm halia

  • 3cm kunyit segar

  • 10 biji bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Perap udang dengan garam dan ketepikan.

  2. Campurkan bahan-bahan rempah, cili, lobak merah, asam gelugor dan air di dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih. Biar mereneh selama 20 minit.

  3. Masukkan udang, daun limau purut, daun kaduk dan Susu Isian Sejat MARIGOLD.

  4. Renehkan semula dan tambah perasa ayam, garam dan lada sulah secukup rasa.

  5. Setelah udang sudah masak, tutupkan api.

Tip Chef:

Udang yang segar sepatutnya mempunyai kulit yang teguh dan berkilat dengan kepala sempurna.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)