Udang masak bawang putih

Udang masak bawang putih

Bahan-bahan

  • 100ml Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 2 sudu teh tepung jagung

    (campurkan)

  • 400g udang saiz sederhana, dibersihkan

  • 6 ulas bawang putih, dicincang halus

  • 3 sudu besar mentega

  • Sedikit pasta masak pilihan anda

  • Garam dan lada hitam secukup rasa


Hiasan:

  • Daun selasih segar

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan 5 sudu besar minyak masak dalam kuali leper. Gorengkan udang sehingga bertukar warna. Letakkan udang di atas piring sisi.

  2. Panaskan satu lagi kuali leper, masukkan mentega dan bawang putih, dan masak seminit. Tambahkan campuran Susu Isian Sejat MARIGOLD dan masak sehingga pekat. Kemudian masukkan udang dan masak sehingga campuran menjadi panas. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.

  3. Hidangkan udang masak bawang putih bersama pasta. Hiaskan hidangan dengan daun selasih segar.

Tip Chef:

Untuk menyedapkan lagi hidangan, taburkan sedikit keju parmesan parut.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan:
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)