Udang Harimau

Udang Harimau

Bahan-bahan

  • 500g udang harimau, potong bahagian tajam dan dikeluarkan uratnya

  • 1 sudu besar garam

  • 1 sudu besar gula

  • 1 sudu teh serbuk lada hitam

  • 6 sudu besar tepung kastard

  • 2 biji telur, dipukul sedikit

  • 100ml Susu Isian Sejat MARIGOLD

    (telur dan susu dicampurkan)


Bahan untuk adunan telur masin:

  • 6 biji telur masin

  • 2 sudu besar mentega

  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus

  • 4 biji cili padi, dihiris halus

  • 2 tangkai daun kari, daun sahaja

  • ½ cawan Susu Isian Sejat MARIGOLD

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Perapkan udang dengan garam, gula dan lada hitam. Ketepikan.

  2. Rebus telur masin sehingga masak. Biarkan sejuk, kemudian asingkan kuning telur dan pecahkannya secara kasar.

  3. Celup udang ke dalam campuran telur dan salutkan pula dengan tepung kastard. Goreng beberapa ekor udang dalam satu masa sehingga keemasan. Ulangi proses ini sehingga semua udang habis digoreng.

  4. Panaskan kuali lain dan masukkan mentega, bawang putih, cili padi dan daun kari. Goreng sehingga naik baunya. Masukkan kuning telur masin dan gaul rata di atas api tinggi selama 1 minit. Tuangkan perlahan-lahan Susu Isian Sejat MARIGOLD ke atasnya dan biarkan ia berbuih sehingga 2 minit.

  5. Masukkan udang goreng dan gaul rata dengan campuran telur masin. Tambahkan garam secukup rasa dan matikan api.

  6. Udang Harimau siap untuk dihidangkan.

Tip Chef:

Kedapkan minyak daripada udang goreng menggunakan kertas dapur.

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 30 minit
Hidangan: 6-8
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)