Udang Goreng dalam Kuah Mentega Lemak

Bahan-bahan
500g udang besar, ditangkas
Minyak untuk menggoreng
3 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak bunga matahari
2 sudu besar bawang putih dicincang halus
¾ sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam (untuk perapan)
150ml Krimer Sejat MARIGOLD
Garam dan lada sulah secukup rasa
Daun ketumbar untuk hiasan
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Perap udang dengan garam selama 10 minit . Keringan dengan tuala kertas.
Gorengkan udang dalam minyak panas sehingga masak dan garing. Tuskan dan ketepikan.
Panaskan mentega dan minyak dalam kuali tebal. Masukkan bawang putih cincang dan tumis selama satu minit. Masukkan tepung, kacau selama 30 saat dan tuangkan Krimer Sejat MARIGOLD. Kacau kuah sehingga sebati dan tambah garam dan serbuk lada secukup rasa.
Masukkan udang goreng dan kacau sehingga disalut sepenuhnya dengan kuah.
Hiaskan dengan daun ketumbar dan hidangkan segera.
Untuk udang yang rangup dan empuk, pastikan minyak cukup panas. Gorengkan udang dalam beberapa kumpulan.
