Sup Stimbot Sup Makanan Laut Kimchi Pedas

Bahan-bahan
Bahan-bahan stok sup:
11 cawan (2.75L) air
4 sudu besar (60gm) minyak
1/2 sudu kecil (2gm) serbuk cili
1 tin Susu Sejat Chef’s Selection MARIGOLD
2 cawan (550gm) kimchi
1½ sudu besar (24gm) garam
3 sudu kecil (12gm) gula
1 biji (150gm) bawang, dicincang
1/4 batang (100gm) bawang perai, dihiris panjang
1 cawan (230gm) kulit udang & kepala udang
Bahan-bahan cadangan untuk sup Stimbot:
8 keping (200gm) daging dihiris nipis
8 pokok (100gm) sayur Nai Bak
2 tongkol (200gm) jagung
8 (100gm) bebola ikan
8 (300gm) udang harimau
32 (250gm) kepah
8 (150gm) kepah hijau
8 (100gm) kekapis
8 (100gm) abalone
2 (300gm) ketam bunga
8 keping (180gm) tauhu keju
8 keping (50gm) fu chuk
2 paket (240gm) cendawan Enoki
8 keping (100gm) cendawan Shiitake
4 paket (400gm) ramen kering
8 biji telur
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan kulit udang, kepala udang, bawang, bawang perai dan serbuk cili.
Masukkan air, kimchi dan Susu Sejat Chef’s Selection MARIGOLD.
Setelah sup mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah mendidih, sup kini sedia untuk dinikmati.
Biarkan sup mereneh semasa menyediakan bahan-bahan stimbot supaya dapat menaikkan lagi rasanya.
