Sotong masak Pes Taucu Bercili

Bahan-bahan
500g sotong, dibersihkan dan dipotong bentuk cincin tebal.
3 sudu teh besar pes taucu
1 biji bawang merah, dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2 biji cili merah, dicincang halus
2 biji cili hijau, dicincang halus
1 sudu teh pes asam jawa
2 sudu besar gula
¼ cawan Susu Isian Sejat MARIGOLD
½ cawan air
Garam secukup rasa
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Panaskan 3 sudu besar minyak masak, tumiskan pes taucu, bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili merah dan hijau, pes asam jawa, gula dan air.
Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan sotong dan Susu Isian Sejat MARIGOLD. Apabila sotong bertukar warna, masukkan garam secukup rasa dan tutupkan api.
Elakkan memasak sotong terlalu lama kerana ia akan menjadi liat.
