Ikan Sembilang Salai masak lemak Cili Padi

Ikan Sembilang Salai masak lemak Cili Padi

Bahan-bahan

  • 900g ikan sembilang, dipotong tebal

  • 1 helai daun kunyit, diikat

  • 1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 300ml air

  • 1 sudu besar perencah ayam

  • 3 batang serai, diketuk

  • Garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk ditumbuk:

  • 2cm kunyit segar

  • 3-5 biji cili api

  • 1 sudu teh garam

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Campurkan Susu Isian Sejat MARIGOLD dengan air dan perencah ayam di dalam periuk dan masak perlahan-lahan sehingga mendidih. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, serai dan masak selama 3 minit.

  2. Masukkan ikan dan daun kunyit. Apabila ikan masak, matikan api. Masukkan garam secukup rasa.

Tip Chef:

Ikan tenggiri atau bawal hitam juga sesuai untuk masakan ini.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)