“Seasons of Good Fortune”

Bahan-bahan
1 kepala ikan kurau, dipotong dua
1 biji keladi kecil, dihiris tebal
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 biji halia tua sebesar ibu jari, dicarik-carik
750ml air
5-6 biji kurma merah cina
100ml Susu Isian Sejat MARIGOLD
2 sudu besar stok ikan bilis
Garam dan lada hitam secukup rasa
Hiasan:
Daun ketumbar, cili dan bawang putih goreng
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Gorengkan hirisan keladi sehingga berwarna perang muda. Keluarkan dan tapiskan minyak.
Panaskan kuali leper dengan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi. Tambahkan air, Susu Isian Sejat MARIGOLD, stok ikan bilis dan didihkan. Masukkan kurma merah dan keladi goreng untuk dimasak sehingga lembut.
Akhir sekali, masukkan kepala ikan, garam dan lada hitam, masakkan dengan api besar sehingga ikan masak. Hiaskan dengan daun ketumbar, cili dan bawang putih goreng.
Untuk menghilangkan bau hanyir, perapkan ikan dengan sedikit garam dan jus lemon, biarkan 10 minit kemudian basuhkan dan tapiskan.
