Sambal Udang dengan Ubi Kayu

Sambal Udang dengan Ubi Kayu

Bahan-bahan

  • 500g ubi kayu, dibuang kulit


Bahan-bahan dikisar:

  • 100g udang kering, dibasuh

  • 8 ulas bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 3 tangkai serai

  • 2 sudu besar pes cili

  • 1 sudu besar belacan bakar

  • ½ cawan Susu Isian Sejat MARIGOLD

    (Kisarkan sehingga halus)

  • 2 sudu besar gula

  • 1 sudu teh garam

  • 3 helai daun limau purut, dicincang halus

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan 6 sudu besar minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar pada api perlahan/sederhana kering. (memerlukan setengah jam). Masukkan daun limau purut, gula dan garam secukup rasa.

  2. Sementara itu, stimkan ubi kayu sehingga masak (ia akan kelihatan seperti lut cahaya)

  3. Hidangkan ubi kayu dengan sambal udang.

Tip Chef:

Sambal udang juga enak dimakan dengan roti.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Hidangan: 6
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)