Sambal Buah Kurma Udang

Bahan-bahan
Bahan-bahan:
300g udang besar, potong bahagian tajam
4 sudu besar minyak masak
1 sudu besar pes asam jawa
100ml air
2 biji tomato, dipotong dadu
6 biji buah kurma
200ml Susu Isian Sejat MARIGOLD
2 sudu besar jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan untuk dikisar:
16 cili kering, direndam sehingga lembut
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan, dibakar
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan pes asam jawa, tomato, kurna, udang dan air. Masak atas api sederhana selama 5 hingga 8 minit atau sehingga udang masak.
Akhir sekali, masukkan Susu isian Sejat MARIGOLD dan jus limau nipis. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Rasa dulu sebelum menambahkan gula kerana buah kurma adalah manis.
