Rendang Daging dengan Kentang Lenyek

Bahan-bahan
500g keping filet daging
4 sudu besar minyak kelapa
1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD
1 helai daun kunyit
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Kentang lenyek dibeli di kedai, ikut arahan memasak pada bungkusannya
Bahan-bahan untuk kuah rendang:
10 sudu besar pes cili
4 sudu besar serbuk kari daging
10 sudu besar pes bawang besar
2 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Campurkan Susu Isian Sejat MARIGOLD dengan bahan-bahan untuk kuah rendang di dalam periuk yang tak melekat. Masak di atas api sederhana, dikacau selalu selama 30 minit. Kemudian masukkan daun kunyit, kerisik, garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
Panaskan minyak kelapa dan masak daging selama 6 hingga 8 minit pada setiap belah atau sehingga masak. Tutup daging dengan kertas aluminium selama 5 minit sebelum memotongnya menjadi kepingan.
Tuangkan kuah rendang ke atas potongan daging dan hidangkan bersama kentang lenyek.
Kuah rendang boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu atau di dalam penyejuk beku sehingga sebulan.
