Putih Telur Gebu dengan Udang

Bahan-bahan
500g brokoli dipotong sebesar gigitan
1 sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil garam halus
50ml Susu Isian Sejat MARIGOLD
50ml air
1 sudu besar perasa ayam
6 putih telur, bersaiz besar
6 sudu besar minyak masak
100g udang
Cili segar, dihiris nipis
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Didihkan air dalam periuk dan masukkan brokoli. Pada masa yang sama, isi sebiji besen dengan air dan ais. Setelah brokoli dimasak, keluarkan cepat dan letakkan ke dalam besen. Biarkan merendam selama 10 minit. Keringkan dan letakkan di atas pinggan
Campurkan tepung jagung dan garam dengan beberapa sudu air sehingga sebati. Masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, 500ml air, perasa ayam dan putih telur dan gunakan senduk kayu untuk mencampurkannya (jangan pukul).
Panaskan minyak dalam kuali berdasar tebal, apabila ia cukup panas, tuangkan campuran putih telur, mengagihkan udang dengan rata dan cepat kacau berterusan sehingga ia mula membentuk tekstur yang gebu dan hancur.
Keluarkan telur ke dalam penapis yang besar untuk mengalirkan keluar minyak berlebihan dan letak ke dalam pinggan bersama-sama dengan brokoli. Hiaskan dengan cili segar sebelum dihidangkan.
Pastikan minyak cukup panas sebelum menambah campuran telur dan kacau berterusan untuk mencapai tekstur gebu dan berkrim.
