Peha Ayam Panggang dengan Bawang Putih

Peha Ayam Panggang dengan Bawang Putih

Bahan-bahan

  • 4 peha ayam sederhana

  • 1½ sudu besar garam halus

  • 2 sudu besar mentega cair atau minyak zaitun

  • 10 ulas bawang putih dengan kulit

  • 200ml Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 1 sudu kecil tepung jagung

  • Garam dan lada sulah secukup rasa

  • Salad untuk dihidang

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar kepada 200°C. Lapik kuali pembakar dengan kerajang aluminium.

  2. Sapukan garam di seluruh kaki ayam dan letakkannya ke dalam dulang pembakar yang disediakan bersama-sama dengan bawang putih. Renyaikan mentega cair atau minyak zaitun ke atas ayam dan bawang putih. Tutup longgar dengan kerajang dan bakar selama 15 minit pada 200ºC.

  3. Kurangkan suhu ke 180ºC Buka kerajang, jelujur dengan minyak atau mentega dan masak selama 30 minit lagi. Setelah menjadi kuning keemasan, keluarkan dari ketuhar dan ketepikan.

  4. Untuk membuat kuah: Lecek kasar bawang putih yang dibakar. Panaskan periuk dengan Susu Isian Sejat MARIGOLD, garam dan lada. Campurkan bawang putih yang telah dihancurkan tadi dan memekatkan sos dengan tepung jagung.

  5. Hidangkan ayam dengan sos dengan salad disisi.


Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 60 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)