Nasi Panggang Portugis Ayam Dengan Keju

Nasi Panggang Portugis Ayam Dengan Keju

Bahan-bahan

  • 2 dada ayam, dipotong dadu dan perap dengan garam dan lada

  • 1 bawang besar, dipotong dadu

  • 1 lobak merah, dipotong dadu

  • 50g kacang pis

  • 60g keju parut

  • 2 biji telur, dipukul perlahan

  • 500g nasi

  • 2 sudu besar mentega

  • Minyak masak

  • Garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk sos putih:

  • 300ml Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 100ml air

  • 1½ sudu besar perasa ayam

  • ½ sudu kecil serbuk jintan putih

  • ½ sudu kecil serbuk kunyit

  • 1 sudu besar tepung jagung dicampur dengan

  • 2 sudu besar air

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga wangi. Masukkan lobak merah dan ayam, kacau sehingga ayam masak, kemudian masukkan kacang pis dan padamkan api. Ketepikan.

  2. Untuk membuat sos putih: Menggunakan kuali yang sama, panaskan Susu Isian Sejat MARIGOLD, perasa ayam, jintan putih dan serbuk kunyit dan panaskan sehingga mendidih. Pekatkan dengan campuran tepung jagung dan ketepikan.

  3. Panaskan kuali dengan 2 sudu besar mentega. Apabila ia panas, masukkan telur dan kacau berterusan sehingga hancur. Masukkan nasi dan goreng selama 5 minit. Perasakan dengan garam dan sendukkan ke dalam periuk kaserol kecil.

  4. Sendukkan ayam ke atas nasi, tuangkan sos putih di atasnya dan tabur dengan keju parut.

Tip Chef:

Untuk ketuhar kecil tanpa mod memanggang, mod haba atas boleh digunakan.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)