Nasi Mandy Betis Kambing MARIGOLD

Nasi Mandy Betis Kambing MARIGOLD

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar (75gm) minyak sapi

  • 2 biji (0.2gm) buah pelaga

  • 1 batang (2gm) kayu manis

  • 2 kuntum (0.2gm) bunga cengkih

  • 3 ulas (20gm) bawang putih, dicincang

  • 1-2 biji (160gm – 320gm) bawang, dicincang

  • 1-2 biji (30gm – 60gm) cili hijau, dihiris

  • 2 cubit (1gm) serbuk cili

  • 1/2 sudu besar (8gm) rempah serbuk Mandy

  • 2 ½ sudu besar (38gm) garam

  • 3 (1.5kg) betis kambing

  • 14 cawan (3L) air

  • 1 tin Susu Sejat Chef’s Selection MARIGOLD

  • 5 cawan (1kg) beras Basmati

  • 2 cubit (0.5gm) serbuk kunyit, campur dengan sedikit air

  • 2 sudu besar (15gm) daun ketumbar dicincang, untuk hiasan

  • 2 sudu besar (30gm) biji buah delima, untuk hiasan

  • 2 sudu besar (30gm) kacang gajus, untuk hiasan

  • 1 biji (40gm) limau nipis dihiris, untuk hiasan

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Rendamkan beras Basmati selama 30 minit dan bersihkan.

  2. Cairkan minyak sapi dan tumiskan buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, bawang putih, bawang, cili hijau, serbuk cili dan rempah serbuk Mandy di dalam periuk nasi.

  3. Setelah naik bau, masukkan betis kambing, air dan Susu Sejat Chef’s Selection MARIGOLD.

  4. Tutup periuk nasi dan masak selama 1 jam 40 minit sehingga betis kambing lembut.

  5. Keluarkan betis kambing dan masukkan beras Basmati.

  6. Setelah nasi masak, masukkan sedikit air kunyit dan tutup periuk nasi seketika.

  7. Dalam kuali berasingan, masak luaran betis kambing dan masukkan bara arang dalam bekas kerajang aluminium. Curahkan minyak ke atas bara arang dalam bekas kerajang aluminium untuk menghasilkan asap salaian.

  8. Tutup kuali dan biarkan selama 15 minit untuk asap salaian meresap ke dalam betis kambing.

  9. Hidangkan nasi dan betis kambing bersama daun ketumbar, taburan biji buah delima, kacang gajus dan hirisan limau nipis.

Tip Chef:

1. Sapu rata rempah Mandy kepada betis kambing sebelum memanaskan atas kuali untuk menaikkan lagi aroma dan keenakannya.

2. Periuk tekanan juga boleh digunakan untuk memendekkan masa memasak selama 40 minit.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 2 jam 15 minit
Hidangan: 8-10
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)