Nasi Bukhari Kismis dengan Daging

Nasi Bukhari Kismis dengan Daging

Bahan-bahan

  • 500g daging lembu, dihiris

  • 5 sudu besar minyak sapi

  • 4 biji buah pelaga, dihancurkan

  • 1 batang kayu manis

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 1 biji bawang besar, dicincang halus

  • 8 biji bawang merah, dikisar kasar

  • 3 ulas bawang putih, dikisar kasar

  • 2 cm halia, dikisar kasar

  • 3 biji buah tomato, dipotong dadu

  • 2 sudu besar serbuk kari

  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar

  • 4 sudu besar kismis

  • Bawang goreng dan daun ketumbar untuk hiasan

  • Garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk nasi Bukhari:

  • 500g beras basmati panjang, dibasuh dan direndam selama ½ jam

  • 500ml air

  • 1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD 

  • 2 sudu besar pes tomato

  • 2 helai daun pandan

  • 1 sudu besar garam

  • 1 sudu besar perencah ayam

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bawang, bawang merah, bawang putih, halia dan masak sehingga naik baunya.

  2. Masukkan daging, tomato, serbuk kari, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan air. Masak dengan api sederhana sehingga daging lembut. Masukkan sedikit garam secukup rasa.

  3. Sementara itu, masukkan beras, air, Susu Isian Sejat MARIGOLD, pes tomato, daun pandan, perencah ayam dan garam ke dalam periuk nasi. Selepas dimasak 10 minit, masukkan daging yang telah dimasak dan kismis (jangan kacau) dan terus masak sehingga nasi masak sepenuhnya.

  4. Biarkan ia menyejuk selama 20 minit sebelum dihidangkan.

  5. Sebelum dihidangkan, taburkan bawang goreng, kacaukan nasi sedikit dan hiasi dengan hirisan daun ketumbar.

Tip Chef:

Bawang goreng buatan sendiri akan meningkatkan perisa hidangan ini dengan lebih berbanding dengan yang dibeli dari kedai.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Hidangan: 6-8
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)