Nasi Ayam Ramadan

Bahan-bahan
2 ketul dada ayam, dipotong dua
1 sudu besar garam
1 sudu besar sos kicap cair
1 sudu besar jus halia
1 ½ sudu besar sos tiram
4 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar, dicincang halus
5 ulas bawang putih, dicincang halus
1 biji halia sebesar ibu jari
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
4 cawan beras bijian panjang Siam
3 helai daun salam atau daun mengkuang, diikat
1 cawan Susu Isian Sejat MARIGOLD
3 ½ cawan air
3 sudu besar stok ayam
Bahan-bahan sos cili:
Sebiji halia sebesar ibu jari
6 biji cili segar
3 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka
½ cawan air
(Kisarkan semua)
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Beberapa titik minyak bijian
Hiasan:
Bawang merah goreng
Daun bawang, dipotong
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Perapkan ayam dengan garam, sos soya cair, jus halia dan sos tiram selama 20 minit.
Panaskan kuali leper dengan 2 sudu besar minyak masak, masukkan ketulan ayam ke dalam kuali dengan kulitnya di bahagian bawah. Ketepikan ketulan ayam ke pinggan sisi setelah kulit ayam menjadi warna keemasan.
Kemudian kukus ayam selama 20 minit. Keluarkan.
Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang, bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan kayu manis, bunga lawang, nasi bijian panjang dan daun salam atau daun mengkuang. Masakkan seminit dan kemudian masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, air dan stok ayam dalam periuk nasi untuk dimasak.
Kisarkan bahan-bahan sos cili bersama. Kemudian masukkan gula, garam dan minyak bijian secukup rasa.
Sebelum menghidang, gemburkan nasi dan hidangkan bersama ketulan ayam stim dan sos cili. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang merah goreng.
Biarkan nasi selama 20 minit sebelum digembur.
