MURTABAK DIRAJA

MURTABAK DIRAJA

Bahan-bahan

Doh atau kulit:

  • 1 paket kulit popia saiz besar (40 keping)


Bahan-bahan untuk inti:

  • 300g ayam, daging lembu, daging kambing atau makanan laut, dicincang

  • 2 ulas bawang putih

  • ½ inci halia, dicincang halus

  • 2 sudu besar serbuk kurma

  • 2 sudu besar serbuk kari daging

  • ½ sudu teh lada hitam kasar

  • 4 biji bawang besar Sepanyol, dipotong dadu, dicincang kasar

  • 200g daun ketumbar, dicincang kasar

  • 100g daun bawang, dicincang kasar

  • 100g Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 8 biji telur, dipukul

  • Secubit serbuk stok ayam

  • Garam dan gula secukup rasa

  • Minyak masak

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan pan tidak lekat dan masukkan sedikit minyak masak.

  2. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar yang dicincang sehingga naik bau dan kekuningan.

  3. Masukkan serbuk kurma, serbuk kari dan tumiskan selama 2 minit.

  4. Tambahkan ayam atau daging cincang dan Susu Isian Sejat MARIGOLD, masak sehingga kering.

  5. Perisakan dengan gula, garam dan serbuk stok ayam secukup rasa.


Untuk lapisan pertama:


  1. Sediakan sekeping kulit popia di atas permukaan bersih.

  2. Gaulkan inti bersama telur yang dipukul sehingga sebati.

  3. Letak kira-kira 2 sudu besar inti bersama bancuhan telur tadi di tengah-tengah kulit popia.

  4. Ratakan inti tadi tetapi tinggalkan kosong sedikit di bahagian tepi-tepi kulit.

  5. Lipat penjuru kulit ke bahagian tengah, seperti melipat sampul surat hingga menutupi inti di dalamnya.

  6. Dalam pan yang dipanaskan, renjiskan sedikit minyak sapi dan goreng lapisan pertama murtabak sehingga masak kekuningan dan garing. Angkat dan ketepikan.


Untuk lapisan kedua:


  1. Sediakan satu lagi kulit popia di atas papan pemotong.

  2. Letakkan 2 sudu besar inti bersama bancuhan telur tadi dan letakkan di tengah-tengah kulit popia, sama seperti yang dilakukan untuk yang lapisan pertama.

  3. Kemudian letakkan lapisan pertama murtabak yang telah digoreng di atasnya.

  4. Selepas itu letakkan kira-kira satu sudu besar inti di atas lapisan pertama.

  5. Lipatkannya sama seperti yang pertama, tetapi kali ini biarkan ia menyelaputi lapisan pertama.

  6. Goreng seperti biasa.

  7. Anda boleh tambahkan telur dan baki inti jika bancuhan pertama tidak mencukupi.


Untuk lapisan ketiga:


  1. Ulangi proses melapis.

  2. Anda akan mendapat tiga lapisan pan-roti diisi dengan inti lazat.

  3. Kawal suhu minyak semasa menggoreng untuk mengelakkannya daripada terbakar atau hangus.

Masa penyediaan: 1 jam
Masa memasak: 30 minit
Hidangan: 8
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)