Mi Rebus “Longevity”

Bahan-bahan
400g mi longevity, jenis kering
2 sudu besar minyak masak
4 ulas bawang putih, dicincang
500g udang besar, dibuang kulit dan dikeluarkan uratnya
340g kekapis segar
1 lobak merah, dihiris halus
200g daun kucai, dihiris memanjang 4-5cm
1 bunjut cendawan Bunashimeji
1 cawan Susu Isian Sejat MARIGOLD
2 cawan air
2 sudu besar serbuk perencah ayam
Garam dan lada sulah secukup rasa
Daun ketumbar untuk hiasan
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Dididihkan air di dalam periuk besar di atas api tinggi, masak mi sehingga lembut sambil mengacau dan menguraikan mi. Keluarkan mi dan masukkan ke dalam periuk berisi air sejuk untuk menyejukkannya. Tapis dan ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng bawang putih sehingga naik baunya, masukkan udang dan kekapis, masak di atas api tinggi. Keluarkan udang dan kekapis ke atas pinggan. Kemudian masukkan pula lobak merah, daun kucai, cendawan dan goreng selama 2 minit. Keluarkan dan letakkan bersama udang dan kekapis dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, campurkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, air, perencah ayam dan didihkan atas api perlahan. Masukkan mi dan campuran udang kepada sos ini, gaul rata dan tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa. Sebaik sahaja mi panas, matikan api. Hidangkan dengan hiasan daun ketumbar.
Selepas memasukkan mi ke dalam sos, cuma gaul dan panaskan mi sepenuhnya. Jangan kacau berterusan kerana mi akan terlebih masak dan hancur.
