Mi Imperial ‘Sang Har’ dengan Sos ‘Bisque’ Udang

Bahan-bahan
4 cawan kulit udang
2 cawan minyak masak
4 cawan air
6 ulas bawang putih, dicincang
10cm halia, dihiris
4 sudu teh cuka
1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD
4 sudu teh gula
2 biji telur
4 bungkus mi telur
1 ekor udang besar
Garam secukup rasa
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Untuk menyediakan udang ‘bisque’, tumis kulit udang dalam minyak selama 5 minit kemudian tambah air.
Reneh selama 15 minit dan masukkan bawang putih dan halia.
Tambah garam, cuka, Susu Isian Sejat MARIGOLD, gula dan masak sehingga mendidih.
Masukkan telur sedikit demi sedikit ketika sedang mengacau. Pada masa yang sama, goreng mi telur dalam minyak panas untuk seketika.
Tuangkan kuah panas ke atas mi yang telah digoreng.
Goreng atau rebus udang besar sehingga masak dan hidang di atas mi.
Mi telur yang digoreng boleh digantikan dengan mee wanton yang digoreng terlebih dahulu.
