Mee Hoon Siam Johor

Bahan-bahan
350g mee hoon
250g udang bersaiz sederhana, bersihkan dan buang urat
1 sudu makan kacang soya masin (taucu)
1 keping tauhu, dikiubkan dan digoreng garing
50g daun kucai cina
100g taugeh
50g pes cili
30g udang kering/ikan bilis
20g pes udang (belacan)
30g kicap pekat manis
10g gula secukup rasa
100g campuran bawang putih dan bawang merah besar
50g Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
150g minyak masak
50g bahan perasa
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Rendam mee hoon dalam air sejuk untuk sekurang-kurangnya satu jam.
Kisarkan bawang putih, pes udang/belacan, bawang merah besar dan udang kering sehingga menjadi pes halus.
Potong tauhu menjadi kiub kecil dan goreng sehingga garing dan keemasan.
Cuci dan toskan taugeh.
Panaskan minyak dalam pan dan tumiskan pes cili sehingga naik bau.
Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD.
Tambahkan taucu, mee hoon/bihun dan kicap pekat manis.
Masukkan udang saiz sederhana dan goreng mee hoon/bihun. Kacau dengan perlahan supaya mee hoon/ bihun tidak putus-putus.
Akhir sekali, tambahkan taugeh dan daun kucai.
Masak selama 5 hingga 8 minit lagi dan hidangkan.
Boleh dihiaskan dengan hirisan telur dadar dan daun kucai cina.
