Ayam Masala dengan Nanas

Bahan-bahan
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar, dihiris
2 biji cili hijau, dipotong secara melintang
400g filet ayam
2 sudu besar garam masala
1 sudu besar serbuk kari daging
¼ keping buah nanas, dihiris
½ cawan Susu Isian Sejat MARIGOLD
Sedikit daun ketumbar, dicincang
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk dikisar:
5 bawang putih
3cm halia
(kisarkan sehingga menjadi pes)
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Panaskan kuali dengan 4 sudu besar minyak. Apabila panas, tambahkan kayu manis, bunga lawang, bawang, cili hijau dan goreng selama 2 minit. Tambahkan bahan yang dikisar dan goreng sehingga baunya naik.
Masukkan filet ayam, garam masala, serbuk kari daging dan masak selama 2 minit sambil menggaulkannya. Tambahkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, tutup periuk dengan penutupnya dan kecilkan api.
Apabila ayam sudah masak, masukkan nanas dan ketumbar yang telah dicincang. Tambahkan garam secukup rasa.
Gunakan rempah mengikut citarasa anda. Hati-hati agar masala tidak terlalu masak atau hangus kerana pesnya yang memberi perisa kepada resipi ini.
