KARI LAKSA JOHOR

Bahan-bahan
350g mee hoon/bihun
250g udang bersaiz sederhana
8 keping tauhu goreng (tau pok)
100g kek ikan, dihiris
200g bebola ikan, putih
100g taugeh
50g pes cili, cili merah segar
30g udang kering
2 kuntum bunga kantan
8 batang serai, dititik
100g campuran bawang putih dan 1 cawan bawang merah besar
250ml stok ayam jernih
200g Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
2 sudu makan serbuk kari
10g perasa stok ayam
40g dada ayam, dicarik
Minyak masak
Gula secukup rasa
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Rendamkan mee hoon/bihun dalam air sejuk untuk sekurang-kurangnya satu jam.
Kisarkan bawang putih, bawang merah besar, udang kering dan cili merah menjadi pes halus.
Keratkan dua tauhu goreng (tau pok) dan celurkan taugeh.
Panaskan minyak dalam pan dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
Tambahkan stok ayam dan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD.
Biarkan mereneh selama 10-15 minit. Kemudian, masukkan udang segar, serai, bunga kantan dan tauhu goreng (tau pok).
Celurkan mee hoon/bihun, taugeh dalam air panas dan toskan. Kemudian, celurkannya sekejap dalam air sejuk supaya ia tidak menjadi terlalu lembut.
Perisakan secukup rasa.
Letakkan mee hoon/bihun yang dicelur ke dalam mangkuk sup sederhana besar. Taburkan taugeh dan tuangkan beberapa senduk kuah laksa bersama tau pok, kek ikan dan bebola ikan dan curah ke atas laksa tadi. Hidangkan dengan dada ayam yang dicarik.
