Kari Kupang Nanas

Kari Kupang Nanas

Bahan-bahan

  • 100ml Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 100ml santan

  • 50ml air

  • 20g serbuk kari ikan

  • 1 biji bawang, dihiris nipis

  • 4 biji cili padi, ditumbuk

  • 3 sudu besar sos ikan

  • 2 sudu besar gula Melaka

  • 10-12 kupang beku dengan separuh kulit dibuang, kemudian dicuci bersih

  • ½ nanas, dihiris

  • Garam secukup rasa

  • Seikat daun selasih Thai

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Campurkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, air dan santan bersama. Didihkan perlahan-lahan, masukkan serbuk kari ikan, hirisan bawang, cili padi dan renehkan selama 2 minit.

  2. Masakkan sos ikan, gula Melaka, kupang dan nanas. Tutupkan dengan penutup dan masak sehingga panas (Memerlukan 3-4 minit).

  3. Masukkan garam secukup rasa dan juga daun selasih Thai. Padamkan api.

Tip Chef:

Jangan masak kupang terlalu lama kerana ia akan menjadi liat.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)