Kari Ayam Kering Beraroma dengan Biji Gajus

Bahan-bahan
500g isi ayam tanpa tulang, dipotong kecil
1 sudu teh garam halus
4 sudu besar serbuk kari daging
2 batang serai, diketuk
10 biji gajus
1 sudu teh belacan
3 sudu pes bawang besar
1 sudu pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
200ml Susu Isian Sejat MARIGOLD
4 daun limau purut
1 sudu besar perencah ayam
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak kelapa
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Perap ayam dengan garam dan serbuk kari. Ketepikan.
Goreng serai dan gajus dalam minyak masak selama seminit. Masukkan belacan, pes bawang besar, halia dan bawang putih. Goreng kacau sehingga naik minyak.
Masukkan ayam dan goreng kacau selama 3 sehingga 4 minit. Masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, daun limau purut, perencah ayam dan masuk selama 12 minit atau sehingga ayam masak. Keluarkan hanya isi ayam dan ketepikan
Masukkan minyak kelapa ke dalam kuah dan teruskan memasak. Di atas api tinggi, kacau kuah sehingga naik baunya dan menjadi pekat. Masukkan semula isi ayam dan kacau rata.
Kisar halia, bawang putih dan bawang besar berasingan dengan sedikit air untuk mendapatkan pes. Simpan lebihan pes di dalam botol dan sejuk bekukan untuk kegunaan di kemudian hari.
