Ikan Masak Singgang

Ikan Masak Singgang

Bahan-bahan

  • 500ml air

  • 3 keping asam jawa

  • 3 hiris lengkuas

  • 2 batang serai, ditumbuk

  • Sebatang kunyit sebesar ibu jari, ditumbuk

  • 1 bawang besar, dihiris

  • 3 ulas bawang putih, dihiris

  • 3 biji cili padi (merah)

  • 2 biji tomato, dibelah empat

  • 1 sudu besar belacan bakar

  • 2 hiris besar ikan Tenggiri

  • ¼ cawan Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 2 sudu besar stok ikan bilis

  • Garam dan lada hitam secukup rasa

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Didihkan air, masukkan asam jawa, lengkuas, serai, kunyit, bawang besar, bawang putih, cili padi, tomato dan belacan untuk dimasak dalam air mendidih selama 20 minit

  2. Masukkan hirisan ikan dan Susu Isian Sejat MARIGOLD. Masak selama 4-5 minit atau sehingga ikan masak. Tambahkan stok ikan bilis, garam dan lada hitam secukup rasa.

  3. Hiaskan dengan daun pudina segar sebelum dihidangkan.

Tip Chef:

Semasa mengukus kek cawan, jangan buka penutup sehingga masa yang ditetapkan, jika tidak kek akan tenggelam.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Hidangan: 6
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)