“Eight Treasure Hot Pot”

Bahan-bahan
Bahan-bahan sup ayam:
3 rangka ayam, dicelur
1 biji keladi saiz sederhana, dihiris tebal
6 ulas bawang putih
1 biji halia tua sebesar ibu jari, ditumbuk
3 batang ketumbar dengan akarnya
1.5 liter air
(Campurkan)
100ml Susu Isian Sejat MARIGOLD
100ml susu soya tanpa manis
2 sudu besar stok ayam
Garam dan lada hitam secukup rasa
Bahan-bahan periuk panas:
1 ketul dada ayam dihiris, diperapkan dengan ½ sudu teh garam dan 1 sudu besar minyak bijian
8 ekor udang saiz sederhana
12 biji bebola ikan atau bebola makanan laut pilihan anda
10 cendawan shitake atau cendawan segar lain pilihan anda
1 paket cendawan jarum emas, dipotong hujungnya
1 ketul tofu telur, dihiris
200g kubis bunga
20g fungus hitam, rendamkan sehingga lembut
2 sudu besar buah goji
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Masakkan campuran sup ayam dengan api sederhana untuk ½ jam. Tapiskan sup dan biarkan ia mendidih dengan perlahan-lahan, kemudian tambahkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, susu soya, stok ayam, garam dan lada hitam secukup rasa.
Untuk menghidang, panaskan sup ayam dan masukkan bahan-bahan untuk periuk panas. Sediakan sos cili manis untuk dicelup.
Sup ayam boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk 2 minggu.
