Claypot Bean Curd with Seafood

Claypot Bean Curd with Seafood

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar minyak

  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus

  • 3 hirisan halia

  • 100ml Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 100ml air

  • 1 sudu besar perasa ayam

  • 5 udang besar lengkap dengan kulit, potongkan penghujung tajam

  • 3 keping fillet ikan segar

  • 4 bebola ketam

  • 2 keping tauhu goreng, dipotong suku

  • 50g cendawan segar

  • Garam dan lada sulah secukup rasa

  • Bawang putih digoreng rangup dan daun ketumbar untuk hiasan

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan periuk tanah liat dengan 2 sudu besar minyak. Setelah panas, tumis bawang putih dan halia hingga wangi.

  2. Masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, air, dan perasa ayam dan biarkan ia mereneh selama 3 minit.

  3. Masukkan bahan-bahan lain, tutup dengan tudung periuk dan masak selama 6 minit.

  4. Tanggalkan tudung periuk, tambah garam dan lada sulah secukup rasa dan menghiasnya dengan bawang putih goreng rangup dan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Tip Chef:

Sebaik-baiknya menggunakan tauhu goreng kerana ia tidak mudah berpecah semasa proses memasak. Walau bagaimanapun, jika tauhu goreng tidak boleh didapati, gorengkan tauhu metah dengan sedikit minyak hingga warna keemasan.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 10 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)