Burger Kari Hijau dengan Bok Choy

Burger Kari Hijau dengan Bok Choy

Bahan-bahan

  • 4 keping daging burger, dimasak

  • 4 ban burger

  • 1 ikat kecil bok choy berorganik, batangnya dipotong tebal tetapi biarkan daunnya.

  • 2 biji tomato, dipotong


Bahan-bahan kari hijau:

  • 6 batang cili hijau, dibuang bijinya

  • 3 biji cili padi hijau

  • 8 biji bawang merah

  • 2 hiris lengkuas

  • 2 tangkai serai

  • 1 sudu teh akar ketumbar

  • 1 sudu teh belacan bakar

    (kisarkan sehingga halus)

  • 100ml Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 50ml santan

  • 1 sudu besar sos ikan

  • 1 sudu besar gula

  • 1 sudu besar daun limau purut, dicincang halus

  •  

    Sedikit cip kentang goreng

    Garam secukup rasa

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak, kisarkan bahan-bahan sehingga wangi. Kemudian masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, santan, sos ikan, gula dan daun limau purut.

  2. Masak sehingga hampir pekat, kemudian masukkan garam secukup rasa sebelum api ditutup.

  3. Potongkan ban separuh. Sapukan mentega dan kemudian bakar sehingga sedikit berwarna perang.

  4. Untuk membuat burger, letakkan sedikit batang bok choy di atas ban, dua sudu besar pes kari hijau, sekeping daging burger, 2 daun bok choy, sehiris tomato dan siapkan dengan ban diatasnya.

  5. Hidangkan dengan sedikit kentang goreng.

Tip Chef:

Baki sos kari hijau boleh disimpankan dalam botol kaca dan kemudian disimpan dalam peti sejuk untuk seminggu.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)