Bubur Lambuk Beras 7 Bijirin

Bubur Lambuk Beras 7 Bijirin

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar minyak bunga matahari

  • 1 sudu besar bawang putih, dicincang

  • 1 sudu besar bawang, dicincang

  • 1 sudu besar halia, dicincang

  • 2 sudu besar udang kering , direndam hingga lembut dan ditumbuk

  • 1.5 liter air

  • 200g beras 7 bijirin, dicuci

  • 200g daging lembu, dihiris

  • 1 paket bunjut sup

  • ½ sudu kecil halba

  • 100ml Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 2 helai daun pandan , disimpul

  • 1 sudu besar perasa ayam

  • Garam dan lada sulah secukup rasa

  • Daun bawang cincang dan bawang goreng untuk hiasan

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, halia dan udang kering sehingga wangi.

  2. Masukkan air, beras 7 bijiran, hirisan daging lembu, sebungkus bunjut sup dan halba.

  3. Tutup tudung periuk sebahagiannya dan reneh selama 25 minit sehingga nasi masak. Masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD dan daun pandan. Masukkan perasa ayam, garam dan lada sulah secukup rasa.

  4. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Tip Chef:

Jika bubur terlalu pekat, masukkan sedikit air panas dan kacau rata.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 25 minit
Hidangan: 4-6
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)