Ayam Serai Vietnam

Ayam Serai Vietnam

Bahan-bahan

  • 500g dada ayam, dihiris

  • 5 sudu besar Susu Isian Sejat MARIGOLD


Bahan-bahan dikisar:

  • 5 tangkai serai

  • 1 biji halia saiz ibu jari

  • 4 ulas bawang putih

  • 4 sudu besar sos ikan

  • 4 sudu besar gula

    (kisarkan sehingga lembut)

  • Hidangkan dengan kertas nasi, daun selasih Thai, mihun masak, jeruk dan sos cili manis.

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Perapkan ayam dengan bahan-bahan yang dikisar dan Susu Isian Sejat MARIGOLD untuk 1 jam.

  2. Panaskan 4 sudu besar minyak masak dan gorengkan ayam sehingga berwarna kuning keemasan. Ia memerlukan 4-5 minit. Hidangkan.

  3. Hidangkan ayam serai dengan kertas nasi, daun selasih Thai, mihun, jeruk dan sos cili.

  4. Untuk membalut, celupkan kertas nasi di dalam air masak yang disejukkan untuk sesaat sahaja dan letakkan di atas pinggan. Letakkan sedikit daun selasih, mihun, ayam serai, sos cili dan gulungkan.

Tip Chef:

Sediakan ayam serai yang dimasak sehari atau dua terlebih dahulu sebelum dihidangkan kerana ini akan menyedapkan lagi rasanya.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)