Ayam Kampung Kunyit Seri Ramadan

Bahan-bahan
Bahan-bahan:
2 ketul paha ayam kampung, tulang dikeluarkan
2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar minyak kelapa
3 biji cili padi, dipotong
1 batang serai, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
3 helai daun limau purut
1 sudu besar gula
100ml Susu Isian Sejat MARIGOLD
50ml air
Bahan-bahan untuk dikisar :
1 biji tomato saiz besar, dipotong dadu
1 biji bawang besar, saiz sederhana
2cm kunyit segar
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Perap ayam dengan 1 sudu teh garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak kelapa di dalam periuk. Masukkan dan tumis bahan-bahan kisar selama 5 minit sehingga naik baunya. Masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, cili, serai, daun limau purut, 1 sudu teh garam dan gula. Kacau lagi selama satu minit.
Masukkan ayam dan masak atas api sederhana selama 10 minit. Balikkan ayam dan masak selama 10 minit lagi sehingga kuah menjadi pekat. Hidangkan ayam bersama kuah dan nasi ditepi.
Masakan lebih enak bila dibiarkan semalaman dalam peti sejuk dan dipanaskan semula untuk dihidangkan pada hari seterusnya.
