Ayam dengan Sos Yogurt & Susu

Bahan-bahan
2 ketul dada ayam tanpa kulit bersaiz sederhana, dipotong dua
1 sudu besar garam
300g dadih
100ml Susu Isian Sejat MARIGOLD
50ml air
2 daun bay kering
1 biji bawang, dipotong dadu
4 sudu besar jus perahan lemon segar
1 sudu besar kiub pati ayams
Sedikit lada hitam
20 batang asparagus, hujung dipotong
Hiasan:
Daun selasih segar
Sebiji lemon, dihiris
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Perapkan dada ayam dengan garam untuk 10 minit. Panaskan kuali dengan 2 sudu besar minyak masak, gorengkan kedua belah dada ayam. Kemudian, letakkan di atas pinggan sisi (bahagian dalam masih mentah). Buatkan dua kali.
Campurkan dadih, Susu Isian Sejat MARIGOLD, air, daun bay kering dan bawang di kuali leper. Didihkan perlahan, masukkan ayam dan renehkan dengan api kecil untuk 20 hingga 25 minit, terbalikkan ayam sekali.
Masukkan jus lemon, kiub pati ayam dan juga lada hitam. Didihkan dan kemudian tutupkan api.
Stimkan asparagus. Letakkan 4-5 batang asparagus dan seketul ayam di atas setiap pinggan dan tuangkan sos di atasnya. Hiaskan dengan sedikit daun selasih kering dan hirisan lemon.
Masak dengan susu isian sejat untuk melembutkan daging ayam.
