Lala Masak Serai Pedas

Bahan-bahan
Bahan-bahan:
500g lala, dibersih dan ditoskan
3 sudu besar minyak masak
2 batang serai, diketuk
200ml Susu Isian Sejat MARIGOLD
4 helai daun limau purut, dihiris halus
Bahan-bahan untuk dikisar:
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
½ sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar perencah ikan bilis
Garam secukup rasa
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan serai dan goreng selama 1 minit, kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik baunya. Masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD dan lala. Masak atas api yang besar sehingga lala terbuka.
Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan padamkan api.
Jangan masak lala terlalu lama. Padamkan api sebaik sahaja lala terbuka.
