Serunding Ayam

Bahan-bahan
1kg dada ayam, dibuang kulit
1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD
½ cawan minyak masak
2 sudu besar kerisik
1½ sudu besar biji ketumbar - ditumbuk
1 sudu besar jintan putih - ditumbuk
8 sudu besar gula melaka
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 helai daun pandan, di potong kecil
8 helai daun salam (jika ada)
Nasi himpit atau lemang untuk dihidangkan bersama
Bahan-bahan untuk kisar:
20 cili kering, direndam dalam air sehingga lembut
2 biji bawang besar, dicincang
4 ulas bawang putih
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
3 batang serai (dikisar halus menjadi pes)
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Kukus dada ayam sehingga masak. Siatkan isi ayam halus-halus dan ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik baunya. Masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, kerisik, ketumbar, jintan manis, gula melaka, garam, serbuk lada hitam, daun pandan, daun salam dan akhir sekali isi ayam.
Masak di atas api sederhana rendah. Kacau sehingga ia kering.
Hidangkan bersama nasi himpit atau lemang.
Gunakan kuali untuk memasak kerana serunding akan lebih cepat masak (campuran kering) dan daging ayam tidak mudah hangit.
