Roti Bakar Telur Berperisa Kopi

Bahan-bahan
6 keping roti tebal
4 biji telur besar
150ml Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
1 sudu besar esen kopi
1 sudu besar gula halus
½ sudu teh garam
Mentega (untuk menggoreng roti)
Madu atau sirap maple dan buah-buahan segar
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Panaskan ketuhar kepada 180°C.
Pukul telur bersama Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD, esen kopi, gula dan garam.
Dengan api yang sederhana, panaskan kuali yang tak melekat dengan mentega.
Celupkan setiap keping roti dalam adunan telur selama 1 minit pada setiap bahagian dan goreng hingga warna keemasan pada kedua-dua belah bahagian.
Pindahkan ke dulang pembakar dan bakar sehingga kembang, selama 6 hingga 7 minit.
Pindah ke pinggan hidangan, renyai dengan madu atau sirap maple dan hidang dengan buah-buahan segar di sebelah.
Untuk lebih variasi, tambahkan keju parut pada bahagian atas roti sebelum dibakar
