Kerabu Udang Petai Berkrim dengan Belacan

Bahan-bahan
5 ekor udang besar, dikukus dan dibelah dua
50g petai, dipotong memanjang
3 biji bawang besar, dihiris nipis
10 biji tomato ceri, dibelah dua
¼ nanas, dipotong baji
2 tangkai daun pudina, guna daun sahaja
Bahan-bahan untuk sambal belacan:
100g cili merah
30g pes belacan, dibakar (tumbuk cili dan belacan bersama)
1 sudu besar gula
1 sudu besar jus calamansi
6 sudu besar Susu Isian Sejat MARIGOLD
2 sudu besar kacang goreng, dibuang kulit dan ditumbuk kasar
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Campurkan 2 sudu besar pes sambal belacan, dengan gula, jus calamansi dan Susu Isian Sejat MARIGOLD.
Gaul udang, petai, bawang besar, buah tomato, nanas dan daun pudina dalam mangkuk hidang.
Sebelum menghidang, gaul rata kerabu dengan sos. Tabur kacang di atasnya.
Petai boleh dikeluarkan jika anda tidak suka dan ini tidak akan menjejaskan rasanya.
