Sorbet Nanas dan Limau Nipis

Sorbet Nanas dan Limau Nipis

Bahan-bahan

  • 360g gula pasir

  • 100ml air

  • 1 tin Krimer Sejat MARIGOLD

  • 10 sudu besar Krimer Manis MARIGOLD

  • 400ml jus nanas

  • 10 sudu besar jus limau nipis pekat

  • 1 sudu besar kulit limau nipis

  • Hidangkan dengan kon wafel ais krim dan limau nipis yang dihiris

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Campurkan air dan gula pasir. Masak dengan api sederhana, kacaukan sehingga gula larut. Biarkan sejuk.

  2. Kemudian, campurkan campuran gula dengan bahan-bahan yang lain kecuali kulit limau nipis. Tapiskan campuran ke dalam dulang. Masukkan kulit limau nipis dan gaulkan.

  3. Tutup dengan kertas aluminium dan letakkan campuran di dalam peti sejuk sehingga hampir keras.

  4. Kisarkan sorbet dengan pemproses makanan sehingga lembut. Masukkan campuran semula ke dalam bekas dan bekukan semula sehingga pejal.

  5. Hidangkan dengan kon wafel ais krim dan limau nipis yang dihiris


Tip Chef:

Elakkan mengikis kulit limau nipis dari bahagian putih kerana ia amat pahit.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 10 minit
Hidangan: 6
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)