Puding Kopi Latte

Puding Kopi Latte

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar serbuk agar-agar

  • 1½ sudu besar serbuk gelatin

  • 750ml air

  • 2 putih telur

  • ½ sudu teh krim tartar


Bahan-bahan untuk dicampurkan bersama:

  • 1 tin Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

  • ½ cawan air

  • 1 sudu besar butiran kopi

  • 2 sudu besar emulsi cappuccino

  • 250g gula

  • 3 sudu besar serbuk kastard dan ¼ cawan air (dicampurkan)

  • 1 sudu teh garam halus

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Isi periuk dengan air dan taburkan serbuk agar-agar dan gelatin. Gaul perlahan-lahan sehingga larut. Biarkan ia mendidih perlahan-lahan.

  2. Tambahkan bahan-bahan yang telah dicampur dan teruskan menggaul. Tapiskannya ke dalam sebuah jag.

  3. Sementara itu, pukul putih telur bersama dengan krim tartar sehingga ia menjadi kental.

  4. Tuangkan campuran panas itu ke dalam putih telur, tanpa berhenti meggaulkannya sehingga sebati.

  5. Letakkan puding di dalam acuan pilihan anda. Biarkan sejuk dan letakkan di dalam peti sejuk.


Tip Chef:

Untuk melarutkan serbuk agar-agar atau gelatin dengan lebih berkesan, taburkannya ke atas cecair.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 6
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)